Siang kau beri aku nafas
Malam kau biar aku lemas
Siang aku makin singkat
Malam aku jadi berdekad
Dalam subuh aku menggigil
Kau datang rapat menghangat
Dalam senja aku mahu melayang
kau hilang seperti tiada pentingnya
Dalam malam aku terkapai
Kau masih tiada
Dan subuh aku patah hati
Itu, kau lagi.
Dari aku perlu pilih suria atau luna
Mengapa kau tak boleh jadi langit sahaja?
dalam hati
ReplyDeleteaku mati..