Saturday, April 14, 2012

no more, only Him.

dan malam kelmarinnya aku seperti dilambung ombak besar lalu tersadai di sebuah cliche imaginasi manusia. seorangnya aku di situ. tiada cinta yang aku semai selama ini. tiada lagi manusia-manusia semalam yang konon beri nya aku pahit pengajaran dan manisnya pengalaman. semuanya hanya semalam.

kecuali Dia.

dan tekadnya aku tak mahu lagi melabur cinta pada yang tak pasti. cinta dariNya seharusnya aku sedar sebelum tenggelam. nasib aku timbul untuk bangun kembali dan datang perginya aku kerana Dia. biar kini aku simpan cinta aku ini baik-baik saja buat Dia dan kembali berkongsi setelah aku dapat yang halal nanti. dan Dia tak pernah berhenti beri cinta pada hambaNya dan tidak pernah beri angan palsu untuk aku pegang.

sungguh dia Pencinta teragung.

No comments:

Post a Comment