Sunday, December 5, 2010

bulan masih tersenyum.

nyawa aku milik tuhan yang esa
namun setiap nafas yang aku hela
mahu aku isi dengan rasa cinta
tidak kira kau mahu menepis
cukup saja aku yang ironis

kerana tiada yang mustahil malam ini
jasad dan roh melayang dinamakan mati
mimpi adiwarna dirobek realiti
hati ini diukir untukmu yang pasti

selamat malam, sayang.

4 comments:

  1. siapa yang taknak merasa mencintai dan dicintai

    ReplyDelete
  2. setiap hembusan nafas
    kala celik rembulan
    semuanya ingin disemai dengan rasa
    rasa indah
    rasa cinta
    -na'dz

    ReplyDelete